PARIS: Mayat empat lelaki ditemukan di Sungai Seine, berdekatan Paris, menurut kenyataan pendakwa raya pada Khamis.
Tiada bukti kukuh ditemui setakat ini yang mengaitkan kes ini dengan sebarang jenayah.
Lokasi penemuan mayat di Choisy-le-Roi dikaitkan dengan keadaan arus sungai yang kuat di kawasan tersebut.
Punca kematian dan identiti mangsa masih belum dapat dipastikan, menurut pejabat pendakwa di Creteil.
Menurut laporan akhbar Le Parisien, kesemua mangsa adalah lelaki.
Tiga mayat ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap, manakala seorang lagi tanpa seluar atau seluar dalam.
Mayat-mayat tersebut dipercayai telah berada di dalam air selama beberapa hari sebelum ditemui.
Kejadian ini mula dilaporkan selepas seorang penumpang kereta api melihat satu mayat terapung di sungai.
Pasukan kecemasan berjaya mengeluarkan keempat-empat mayat dari Sungai Seine pada hari Rabu. – BERNAMA-dpa