PM Anwar mahu siasatan telus kes serangan anak Rafizi Ramli

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar siasatan telus dijalankan berhubung kes serangan terhadap anak bekas Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.

Beliau menyatakan perkara itu telah dimaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagi memastikan keadilan ditegakkan.

“Kita masih belum reda dari gejala buli di sekolah, muncul pula satu lagi tindakan yang sangat dikesalkan.

“Mutakhir adalah percubaan jahat dan khianat terhadap anakanda saudara Rafizi Ramli,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut mendoakan kesejahteraan buat Rafizi serta keluarga yang terkesan dengan insiden tersebut.

Saifuddin Nasution dalam kenyataan rasmi memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara adil tanpa dipengaruhi status atau latar belakang mana-mana pihak.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kejadian serangan berlaku di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya kira-kira jam 2 petang.

Rafizi mendedahkan anaknya diheret dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh dua lelaki berpakaian hitam menaiki motosikal sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan.

Kementerian Dalam Negeri menegaskan PDRM sedang menjalankan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti dan mendakwa pihak terlibat. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *