Penganggur didakwa bunuh bapa kandung di Kuala Krai

KUALA KRAI: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bapa kandungnya.

Narosman Othman, 39, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amal Razim Alias.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Othman Jusoh, 74, di Kampung Kuala Gris antara 6 hingga 6.30 pagi pada 6 Ogos lepas.

Kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta 12 sebatan.

Mahkamah menetapkan 10 September untuk sebutan kes dan memerintahkan pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Hafiz Iman Asri mengendalikan kes ini tanpa perwakilan peguam bagi tertuduh.

Pada 6 Ogos, Ketua Polis Daerah Kuala Krai melaporkan seorang warga emas ditemui mati akibat kecederaan parah di kepala. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *