KPM pindah pentadbir SMKA Tun Datu Mustapha sementara siasatan kes Zara Qairina

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) memindahkan sementara Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, dan semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ke Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Langkah ini diambil berikutan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,“ menurut kenyataan rasmi hari ini.

Kes ini kini menjadi keutamaan KPM bagi memastikan keadilan untuk keluarga serta semua pihak terlibat.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,“ tambah kenyataan tersebut. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *