Ubur-ubur di perairan Mersing: Orang ramai dinasihat waspada

JOHOR BAHRU: Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada dengan kehadiran ubur-ubur di kawasan perairan Mersing.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Johor Rosmawati Ghazali mengesahkan beberapa laporan mengenai penemuan hidupan laut tersebut.

“Semua pengunjung dinasihatkan berhati-hati ketika melakukan aktiviti riadah pantai, snorkeling dan selam skuba,“ katanya.

Beliau menyarankan pemakaian pakaian bertutup atau bersesuaian untuk mengelakkan sengatan ubur-ubur.

Kenyataan rasmi itu disiarkan di laman Facebook Jabatan Perikanan Johor.

Rosmawati turut memaklumkan talian kecemasan 07-799 1161 untuk dihubungi jika diperlukan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Perikanan Muhammad Irfan Ahmad Hanizar di nombor 013-5268796.

Mereka yang memerlukan bantuan boleh hadir terus ke Pejabat Taman Laut untuk maklumat lanjut. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *