Tun Musa terima kunjungan hormat Pengerusi Bernama di Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Bernama Datuk Seri Wong Chun Wai di Istana Seri Kinabalu hari ini.

Kunjungan ini merupakan yang pertama sejak Tun Musa dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Ketua Biro Bernama Sabah Fadzli Ramli, Pegawai Berita Noorazlina Jindeh, dan Jurufoto Zamain Singkui.

Pertemuan selama 40 minit di Dewan Kunjungan Khas berlangsung dalam suasana mesra.

Perbincangan meliputi peranan media kerajaan dalam menangani penyebaran berita palsu.

Wong berkata pertemuan itu turut membincangkan isu semasa dan usaha meningkatkan liputan berita di Sabah.

Beliau menekankan pentingnya media kerajaan seperti Bernama dan RTM menyampaikan maklumat tepat.

“Media sosial sering memaparkan maklumat tidak tepat dan berbaur politik,“ katanya.

Wong menambah media kerajaan perlu menjadi sumber berita yang dipercayai untuk rakyat.

Musa dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 pada 1 Januari 2025.

Beliau menggantikan Tun Juhar Mahiruddin yang tamat tempoh jawatan pada 31 Disember 2024. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *