PUTRAJAYA: Lebih 2,300 insiden roadkill melibatkan hidupan liar direkodkan di Malaysia dari 2020 hingga 2024.
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar (NRES) menyatakan Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta WWF Malaysia mengambil berat peningkatan kes ini.
Rekod PERHILITAN menunjukkan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) antara lokasi dengan insiden roadkill tertinggi.
Sesi Meja Bulat Peringkat Tertinggi diadakan pada 17 Julai lalu bagi membincangkan penyelesaian segera.
Langkah jangka pendek termasuk pemasangan papan tanda mesra alam dan kesedaran pemandu.
Penyelesaian jangka panjang melibatkan pengayaan habitat dan pemeliharaan lintasan hidupan liar.
NRES berharap langkah ini diperkukuh sempena Hari Gajah Sedunia pada 12 Ogos.
WWF-Malaysia bekerjasama dengan EMPTA bagi mengurangkan roadkill melalui inisiatif keselamatan jalan raya.
Kerjasama ini melibatkan syarikat logistik dan pihak berkepentingan lain. – Bernama