Filipina larang import lembu, kerbau dari Perancis, Itali ekoran wabak LSD

MANILA: Filipina telah menguatkuasakan larangan sementara ke atas pengimportan lembu dan kerbau hidup dari Perancis dan Itali.

Larangan ini turut meliputi produk serta hasil sampingan haiwan berkenaan.

Menurut Jabatan Pertanian (DA) negara itu, langkah ini diambil ekoran pengesahan wabak Penyakit Kulit Berbintil (LSD).

Perintah memorandum bertarikh 1 Ogos turut melarang import embrio dan air mani haiwan tersebut.

Namun, beberapa produk seperti kulit yang dirawat dengan garam dikecualikan daripada larangan ini.

Produk lain yang tidak terjejas termasuk tepung darah, gelatin, kolagen, dan susu dipasteur.

Setiausaha Pertanian Francisco Tiu Laurel menjelaskan langkah ini sebagai tindakan berjaga-jaga.

Tujuannya adalah untuk melindungi industri ternakan tempatan daripada jangkitan LSD.

LSD ialah penyakit virus yang mudah berjangkit dan menjejaskan lembu serta kerbau.

Di Itali, kes LSD pertama dilaporkan pada 18 Julai lalu.

Perancis pula mencatatkan kes serupa pada 23 Jun.

Larangan ini akan kekal berkuat kuasa sehingga ada makluman selanjutnya.

Tempoh larangan bergantung kepada perkembangan usaha kawalan penyakit di negara terlibat. – Bernama, Xinhua

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *