Kanak-kanak perempuan 12 tahun hilang di Bandar Permaisuri

BANDAR PERMAISURI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lepas.

Adriana Batrisya Mohd Ridzuan yang mengalami masalah kesihatan terutamanya sakit perut dilaporkan keluar rumah pada petang Sabtu.

Bapanya membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Tong petang semalam selepas gagal mengesan anaknya.

Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Dris berkata kanak-kanak itu telah berhenti sekolah semasa di tahun empat kerana masalah kesihatannya.

Sejak itu, dia hanya tinggal bersama ibu bapa dan adik lelakinya yang berusia 8 tahun.

Menurut polis, kanak-kanak ini tidak mempunyai kawan rapat tetapi dipercayai berkenalan dengan seorang lelaki melalui aplikasi TikTok.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu di talian 09-609 8222.

Mereka juga boleh membuat laporan di mana-mana balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *