Misi NASA crew-10 tamat, angkasawan selamat mendarat

LOS ANGELES: Angkasawan Crew-10 NASA dengan kerjasama SpaceX kembali ke Bumi pada Sabtu, menamatkan misi hampir lima bulan mereka di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), lapor Xinhua.

Kapal angkasa SpaceX Dragon yang membawa empat anggota kru itu mendarat di laut berhampiran pantai San Diego, California, pada 11.33 pagi (1533 GMT) Sabtu.

Ini kali pertama kapal angkasa di bawah Program Kru Komersial NASA mendarat di Lautan Pasifik berhampiran California, berbeza dengan pendaratan sebelumnya yang biasanya berlaku di sekitar Florida.

Anggota kru yang kembali termasuk angkasawan NASA Anne McClain dan Nichole Ayers, angkasawan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA) Takuya Onishi dan angkasawan Roscosmos Kirill Peskov.

Sepanjang berada di ISS, semua kru menjalankan puluhan eksperimen dan demonstrasi teknologi, termasuk aktiviti berjalan di angkasa, pemerhatian kilat, ujian hujung DNA dan kajian pergerakan mikroskopik, menurut NASA.

Misi ini adalah misi penukaran kru komersial NASA ke-10 bersama SpaceX ke ISS -BERNAMA-XINHUA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *