Lima suspek dikejar polis kes pergaduhan bola sepak di Teluk Intan

TELUK INTAN: Polis sedang giat mengesan lima lagi suspek bagi melengkapkan siasatan kes pergaduhan semasa perlawanan bola sepak di Padang Speedy, Teluk Intan pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata tujuh suspek berusia 21 hingga 32 tahun yang direman selama tiga hari akan dibebaskan dengan jaminan hari ini.

“Kertas siasatan akan dirujuk ke Jabatan Peguam dalam minggu ini bagi mendapatkan arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Tujuh lelaki ditahan pada 8 Ogos lepas disyaki terlibat dalam pergaduhan semasa perlawanan bola sepak Liga Integriti Hilir Perak 2025.

Bakri berkata tangkapan dibuat selepas menerima laporan pergaduhan melibatkan dua pasukan bola sepak tempatan- Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *