Polis tahan lelaki Vietnam tarik bayi selepas mencuri di pasar raya

BUTTERWORTH: Polis menahan seorang lelaki warga Vietnam yang cuba menarik bayi berusia 11 bulan semasa ingin melarikan selepas ditangkap mencuri di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata kejadian berlaku pada 12.45 tengah hari selepas penyelia pasar raya melihat suspek berusia 30-an cuba keluar dengan membawa beberapa makanan laut yang telah ditimbang tanpa membuat pembayaran.

“Penyelia itu berjaya menangkap lelaki tersebut namun suspek dapat melepaskan diri dan bertindak menarik bayi lelaki yang bersama seorang ahli keluarga sambil memegang pisau sehingga berlaku pergelutan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Anuar berkata suspek berjaya ditahan dengan bantuan beberapa pekerja pasar raya dan orang awam sebelum diserahkan kepada polis yang tiba di lokasi.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri, Seksyen 324 mendatangkan kecederaan dan Seksyen 506 iaitu ugutan jenayah.

Terdahulu, tular video memaparkan situasi tegang di sebuah pasar raya apabila seorang lelaki warga asing yang memegang bungkusan plastik dan sebilah pisau cuba menarik bayi tersebut daripada seorang wanita – BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *