Tiada unsur jenayah kes penemuan mayat wanita reput – Polis

IPOH: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikesan dalam kes penemuan mayat seorang wanita warga emas di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata hasil bedah siasat hari ini juga mendapati mangsa dianggarkan meninggal dunia sejak tiga hari lepas.

“Bagaimanapun, punca kematian tidak dapat dipastikan kerana mayat telah reput. Siasatan mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an tinggal seorang diri di rumah itu,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata setakat ini kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Media pada Khamis melaporkan penemuan mayat wanita dalam keadaan reput di sebuah rumah di taman perumahan di Chemor oleh seorang ejen syarikat penapis air dan penyaman udara.

Abang Zainal Abidin dilaporkan berkata mayat berkenaan ditemukan lelaki itu kira-kira pukul 4.25 petang semalam- BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *