KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Penerbit Rancangan Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak, Allahyarham Irwan Budi Annuar.
Beliau meninggal dunia malam tadi akibat komplikasi buah pinggang dan paru-paru.
Fahmi berkata beliau menerima perkhabaran duka itu daripada rakan-rakan di RTM.
“Pada September 2023, saya sempat menziarahi Allahyarham di kediamannya di Petra Jaya, Kuching untuk menyerahkan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA,“ katanya.
Fahmi menyatakan Allahyarham Irwan Budi telah berkhidmat lebih 20 tahun bersama RTM.
Beliau banyak menyumbang kepada dunia penyiaran negara.
“Pastinya jasa serta sumbangan beliau dalam dunia penyiaran amat dihargai,“ ujar Fahmi.
Takziah turut disampaikan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman,“ tambahnya.
Allahyarham Irwan Budi, 51, meninggal dunia di rumahnya dekat Taman Sourabaya Indah, Petrajaya, Kuching.
Beliau mula berkhidmat di RTM sejak 2005.
Allahyarham pernah bertugas sebagai penyampai radio, pemberita serta pengelola bahagian.
Beliau menghidap kanser paru-paru dan sakit buah pinggang sejak 2021.
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di masjid Taman Sukma.
Pengebumian akan dilakukan selepas solat zuhur hari ini di Tanah Perkuburan Islam Semariang.
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki Bernama