Terengganu kekal larang jualan vape meski ada rayuan

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu kekal dengan keputusan melaksanakan larangan penuh terhadap penjualan rokok elektronik atau vape bermula 1 Ogos lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah menyatakan tempoh peralihan selama tujuh bulan telah diberikan sebelum penguatkuasaan.

Beliau menegaskan tempoh tambahan tiga bulan dari 1 Mei hingga 31 Julai turut disediakan atas permintaan pihak berkaitan.

“Kita beri masa mencukupi untuk peniaga habiskan stok vape sebelum larangan ini dikuatkuasakan sepenuhnya,” katanya.

Wan Sukairi menolak alasan segelintir peniaga yang mendakwa masih mempunyai stok vape yang belum terjual.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu.

Selain itu, semua iklan atau kain rentang berkaitan produk vape perlu diturunkan di seluruh negeri.

Larangan ini bertujuan melindungi rakyat Terengganu terutamanya generasi muda daripada kesan buruk vape. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *