Biodiversiti bandar tingkat ekonomi, kesejahteraan rakyat – Fadillah

KUALA LUMPUR: Pelaburan dalam biodiversiti bandar bukan sahaja menjana pulangan ekonomi tetapi juga menyumbang kepada kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial, menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau menegaskan bahawa pembangunan bandar secara lestari dapat mewujudkan persekitaran lebih hijau dan bersih, sekaligus meningkatkan taraf hidup penduduk serta menarik minat pelabur dan pelancong.

“Kalau kita beralih kepada biodiversiti bandar, kita akan melihat banyak perkara daripada segi ekonomi. Bila kita melabur, kita sebenarnya bukan melabur sahaja daripada segi pulangan kewangan tetapi kita akan melihat daripada segi pulangan kepada alam sekitar,“ jelas Fadillah.

Beliau turut menekankan bahawa penciptaan lebih banyak ruang hijau dan taman rekreasi di kawasan bandar mampu meningkatkan kesejahteraan sosial penduduk, selaras dengan matlamat pembangunan mampan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *