Dua maut dalam nahas lori di Slim River

SLIM RIVER: Dua orang maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah lori di KM 372.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Slim River hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12 tengah hari sebelum pasukan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River tiba di lokasi.

“Berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan membawa muatan telur ayam yang dinaiki empat orang iaitu seorang pemandu dan tiga kelindan merempuh bahagian belakang sebuah lori treler muatan simen kampit yang diparkir di tepi jalan,“ katanya dalam kenyataan rasmi.

Dua mangsa yang menaiki lori muatan telur ayam, dipercayai berusia 20-an, tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Dua lagi mangsa yang cedera ringan berusia 30 dan 40 tahun dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan.

Operasi penyelamatan selesai kira-kira dua jam kemudian, dengan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *