Myanmar lapor 5,066 kes denggi, 26 kematian

YANGON: Myanmar melaporkan 5,066 kes demam denggi dan 26 kematian antara 1 Januari hingga 19 Julai tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan pada Rabu, lapor Xinhua.

Angka ini lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2024, kata seorang pegawai daripada kementerian itu kepada Xinhua.

Dalam tempoh itu, Yangon mencatat jumlah kes tertinggi, diikuti oleh Wilayah Tanintharyi, katanya.

Kementerian memaklumkan langkah pencegahan dilakukan sejak Mac, termasuk memberikan arahan kepada sekolah, isi rumah dan tempat awam, katanya.

Pasukan kesihatan menjalankan pemantauan, semburan racun serangga dan meletakkan larvisid ke dalam bekas air dengan kerjasama jabatan berkaitan, katanya lagi.

Pada 2024, negara itu merekodkan 6,400 kes dan 15 kematian akibat demam denggi, menurut kementerian – BERNAMA-XINHUA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *