JOHOR BAHRU: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang ketika berada di sebuah kopitiam di Taman Bukit Indah.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata kehilangan M. Tishant dilaporkan oleh bapanya yang berusia 36 tahun kira-kira 2.15 pagi tadi. “Tinggi kanak-kanak itu lebih kurang 110 sentimeter dengan berat 19 kilogram, hidung mancung dan berkulit hitam manis,“ katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan menekankan bahawa sesiapa yang mempunyai maklumat diminta segera menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor E. Komaty di talian 010-3812804 atau Pusat Kawalan Daerah Iskandar Puteri menerusi talian 07-5113622. – Bernama