Festival Flora Borneo tarik pengunjung luar ke Labuan

LABUAN: Festival Flora Borneo (BFF) yang bermula hari ini di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan berjaya menarik bukan sahaja penduduk tempatan tetapi juga pengunjung dari luar pulau.

Pengunjung dari Brunei, Siti Norlila Rahim, 38, berkata dia tidak mahu melepaskan peluang melihat pelbagai spesies bunga yang dipamerkan. “Mama ada beritahu di sini ada festival flora, jadi kami pun ambil kesempatan untuk datang,“ katanya.

Jinus Yoson, 51, dari Tambunan, Sabah, turut hadir kerana tidak mahu ketinggalan festival bunga pertama kali diadakan ini. “Kalau orang luar pun boleh datang, apatah lagi penduduk Labuan,“ ujarnya.

Nur Hayanti Asri, 18, dari Kuala Penyu pula gembira dapat menyaksikan festival ini buat pertama kali. “Saya ambil gambar bunga berwarna-warni untuk dimuat naik di Instagram,“ katanya.

Sebanyak 31 pempamer termasuk dari Sabah, Sarawak, Brunei, dan Kalimantan mempamerkan 12,000 tumbuhan hiasan dengan ratusan spesies bunga tropika. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *