Rakyat Malaysia dinasihat elak sempadan Kemboja-Thailand

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia di Kemboja dinasihatkan untuk mengelak sebarang perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey sehingga diberitahu kelak, susulan ketegangan yang semakin meningkat di sempadan Kemboja-Thailand.

Dalam satu nasihat keselamatan, Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh turut menggesa rakyat Malaysia agar bertenang, sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada sumber berita yang sahih serta mematuhi arahan dan nasihat daripada pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

“Kedutaan sedang memantau rapat situasi semasa dan terus komited terhadap keselamatan serta kebajikan rakyat Malaysia di Kemboja,“ menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang sedang menetap di Kemboja digalakkan untuk mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh melalui pautan Google Form yang disediakan. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *