Dua pegawai badan berkanun ditahan SPRM Perak atas dokumen palsu

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak telah menahan dua pegawai badan berkanun atas tuduhan mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu melibatkan tuntutan bayaran sekitar RM45,000.

Menurut sumber, kedua-dua suspek ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak. “Suspek wanita berusia 40-an ditahan pada 22 Julai, manakala suspek lelaki berusia 30-an ditahan sehari kemudian,“ kata sumber tersebut.

Siasatan awal mendapati mereka didakwa bersubahat mengemukakan dokumen tuntutan palsu bagi program yang tidak dilaksanakan. Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed, mengesahkan tangkapan itu dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau menegaskan pentingnya pengukuhan sistem kewangan bagi mencegah penyelewengan. “Ketua jabatan perlu memastikan prosedur kewangan dipatuhi sepenuhnya,“ katanya. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *