Kenaikan kadar tol 10 lebuh raya ditangguh, kerajaan tanggung kos RM500 juta

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia bersetuju menangguhkan kenaikan kadar tol bagi 10 lebuh raya utama di negara ini. Keputusan ini dibuat bagi memastikan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang kenaikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkara itu dalam program Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung hari ini. Antara lebuh raya yang terlibat termasuk Lebuhraya Senai-Desaru (SDE), Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB), dan Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX).

“Susulan itu, kerajaan akan menanggung kos lebih RM500 juta,“ kata Anwar. Beliau menegaskan bahawa langkah ini diambil bagi meringankan beban rakyat terutamanya dalam situasi ekonomi semasa.

Pada tahun ini, sebanyak 10 lebuh raya sebenarnya dijadualkan untuk kenaikan kadar tol. Namun, kerajaan memilih untuk menangguhkan pelaksanaannya bagi memberi kelegaan kepada pengguna. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *