Malaysia ke suku akhir WUG 2025 selepas tewaskan Perancis 3-0

MULHEIM AN DER RUHR: Skuad badminton Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir Sukan Universiti Dunia (WUG) 2025 selepas mengatasi Perancis 3-0 dalam aksi pusingan 16 terbaik di Westenergie Sporthalle.

Pasangan beregu campuran Wee Yee Hern dan Clarissa San memulakan kemenangan dengan menewaskan Lucas Renoir-Flavie Vallet 15-13, 14-16, 15-12. Jacky Kok Jing Hong kemudian menambah mata kedua selepas mengalahkan Enogat Roy 17-15, 13-15, 15-11 dalam perlawanan perseorangan lelaki.

Wong Ling Ching melengkapkan kemenangan mutlak Malaysia dengan menundukkan Romane Cloteaux-Foucault 15-10, 11-15, 15-13, walaupun bermain dengan kecederaan pergelangan tangan.

“Banyak kesilapan dibuat, tapi saya akan perbaiki untuk perlawanan seterusnya,“ kata Jacky selepas perlawanan.

Malaysia akan berdepan India pada suku akhir malam ini.

Dalam acara lain, wakil taekwondo negara Ahmad Nor Iman Hakim Rakib tersingkir di pusingan awal, manakala perenang Goh Andrew Zheng Yen gagal mara ke separuh akhir acara 200m kuak dada. – Bernama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *