Trump umum perjanjian perdagangan hebat dengan Indonesia

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan satu perjanjian perdagangan yang digelar “hebat” dengan Indonesia selepas berunding secara langsung dengan Presiden Prabowo Subianto.

“Perjanjian hebat, untuk semua pihak, baru sahaja dimeterai dengan Indonesia. Saya berurusan secara langsung dengan Presiden mereka yang sangat dihormati,“ kata Trump di media sosial.

Butiran spesifik perjanjian tersebut belum didedahkan, tetapi pengumuman ini dibuat dua minggu sebelum tarikh akhir 1 Ogos yang ditetapkan Trump bagi negara-negara untuk mencapai perjanjian baharu dengan AS atau berdepan kenaikan tarif.

Tarikh akhir asal pada 9 Julai telah ditangguhkan oleh Rumah Putih bagi memberi lebih masa untuk rundingan.

Penasihat Perdagangan Trump, Peter Navarro, pada April lalu menyatakan pentadbiran AS berhasrat memuktamadkan “90 perjanjian dalam 90 hari” selepas pengumuman tarif baharu. Namun, sasaran itu sukar dicapai. Setakat ini, hanya United Kingdom dan Vietnam yang menandatangani perjanjian interim.

Banyak butiran dalam perjanjian tersebut masih belum dirundingkan sepenuhnya. – Bernama, Anadolu

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *