Lelaki lemas ketika mandi di Sungai Sedim – Bomba

KULIM: Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an ditemukan lemas ketika mandi di kawasan perkelahan Sungai Sedim dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi-Tech Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata pasukan bomba menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.06 pagi tadi dan menggerakkan enam pegawai dan anggota ke lokasi kejadian.

“Jarak balai dengan lokasi sejauh 40 kilometer dan pasukan bomba tiba di pada 10.48 pagi. Setiba di lokasi, kami dimaklumkan ada mangsa berusia anggaran 20 tahun dipercayai lemas semasa mandi di sungai itu.

“Operasi pencarian dibuat secara pencarian di permukaan dan mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang sedang bersenam di kawasan berkenaan pada 11.30 pagi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Azmir berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Identiti mangsa belum dapat dikenal pasti memandangkan kami tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada diri mangsa. Operasi tamat pada 12.10 tengah hari,” katanya.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *