KUALA LUMPUR: Seorang pejalan kaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai akibat dirempuh sebuah kereta yang terbabas dalam kemalangan di Jalan Ipoh menghala Bulatan Kepong dekat sini, pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kemalangan kira-kira 11.45 pagi itu, melibatkan dua buah kereta dan…
Continue reading Pejalan kaki dikhuatiri lemas selepas dirempuh kereta
ISTANBUL: Israel sekali lagi melancarkan serangan udara ke atas beberapa lokasi di Iran pada Jumaat, susulan serangan besar-besaran awal pagi tadi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan. Press TV Iran melaporkan bahawa Israel menyerang kawasan berhampiran Lapangan Terbang Tabriz di barat laut Iran, dengan bunyi letupan kedengaran di kawasan itu. Televisyen rasmi Iran turut…
Continue reading Israel lancar lagi serangan ke atas Iran, sasar kemudahan Natanz dan lapangan terbang Tabriz
SHAH ALAM: Seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini akan dituduh di Mahkamah Putrajaya pada Selasa depan (17 Jun). Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata arahan tuduh ke atas suspek itu telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor hari ini. “Suspek…
Continue reading Pelakon terlibat amang seksual dituduh 17 Jun ini – Polis
KUALA LUMPUR: Para pemimpin dunia dan masyarakat antarabangsa mengecam operasi ketenteraan besar-besaran Israel ke atas Iran pada Jumaat, sambil menggesa semua pihak menahan diri bagi mengelakkan ketegangan selanjutnya dan ketidakstabilan serantau. Menurut laporan media Iran, Israel melancarkan serangan ke atas Iran sekitar pukul 3 pagi waktu tempatan, menyasarkan kemudahan ketenteraan dan nuklear serta kawasan kediaman.…
Continue reading Pemimpin dunia kecam serangan Israel ke atas Iran, seru tindakan berhemah elak ketegangan memuncak
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030 akan menjadi titik tolak kepada usaha kerajaan dalam menangani cabaran ekonomi negara. Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata cabaran itu termasuklah kesenjangan pembangunan dan pendapatan, ruang fiskal yang terhad dan peralihan struktur ekonomi yang perlahan. “Negara perlu lebih berdaya tahan dalam…
Continue reading RMK13 tumpu tangani cabaran ekonomi negara – PM Anwar
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan gambar kanak-kanak dan remaja di media sosial, khususnya melibatkan kandungan tidak bermoral, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. Beliau merujuk kepada pendedahan pelakon dan pempengaruh media sosial Mek Yun baru-baru ini mengenai penyebaran gambarnya ketika masih bersekolah…
Continue reading Menteri Agama kecam penyalahgunaan gambar kanak-kanak di media sosial
MELAKA: Bedah siasat ke atas mayat ibu dan anak lelaki sulung yang mati dibunuh remaja lelaki berusia 17 tahun menemukan kesan tikaman ke atas dada dan belakang badan mangsa. Ketua Polis Melaka Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata terdapat kesan tikaman di dada dan belakang badan guru wanita berusia 51 tahun itu manakala anak lelaki sulungnya berusia…
Continue reading Laporan bedah siasat dedah ibu, anak sulung mati ditikam di dada, belakang badan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan kes Yusoff Rawther untuk melihat jika ada kelompangan serta kelemahan ketika siasatan dijalankan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bersedia menambah baik prosedur operasi standard penyiasatan melalui penilaian dalaman dan semakan semula. “PDRM mengambil maklum dan menghormati serta…
Continue reading Kes Yusoff Rawther: PDRM akan teliti penghakiman, sedia tambah baik SOP siasatan – KPN
BUKIT MERTAJAM: Polis sedang memburu dua suspek dipercayai terlibat dalam insiden letupan di Taman Serumpun di sini awal pagi semalam, yang menyebabkan tiga buah rumah mengalami kerosakan. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata kedua-dua suspek itu dipercayai menaiki sebuah kereta dan terlibat dalam kejadian letupan kira-kira 1 pagi itu. “Pihak polis…
Continue reading Polis buru dua suspek insiden letupan di Taman Serumpun
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memperoleh perintah lucut hak terhadap wang USD954,299.58 (kira-kira RM4.05 juta) dalam akaun BSI Bank, Switzerland yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lucut hak terbabit merupakan kejayaan pertama SPRM melibatkan aset luar negara tanpa perlu melalui proses pendakwaan. “Kebenaran lucut…
Continue reading SPRM lucut hak wang kira-kira RM4.05 juta berkait 1MDB di Switzerland
KOTA BHARU: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am menumpaskan kegiatan penyeludupan beras dalam Op Taring Wawasan Kelantan apabila menahan sebuah treler dalam keadaan mencurigakan di Jalan Kampung Air Gatal, Tanah Merah, sekitar 7.30 pagi, semalam. Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata hasil pemeriksaan ke atas treler itu menemukan 28,000 kilogram…
Continue reading Op Taring Wawasan Kelantan: PGA tumpas kegiatan seludup beras lebih RM400,000
PUTRAJAYA: Mekanisme penyaluran insentif pembajakan dan penuaian kepada pesawah akan dimuktamadkan pada Isnin ini (16 Jun), menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM). KPKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara berkenaan akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC). “Adalah ditegaskan, semua tindakan yang diambil berasaskan libat urus bersama pihak industri,…
Continue reading Mekanisme penyaluran insentif pembajakan, penuaian pesawah muktamad Isnin ini – KPKM
KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) telah menganugerahkan kontrak perkongsian pengeluaran aset medan kecil (SFA PSC) bagi kluster mutiara di luar pantai Sabah. Dalam satu kenyataan hari ini, PETRONAS berkata kontrak tersebut ditawarkan menerusi bahagiannya, MPM, di bawah Pusingan Bidaan Malaysia 2025 (MBR 2025) yang dilancarkan awal tahun ini. PETRONAS berkata kontrak itu…
Continue reading Petronas anugerah kontrak pertama MBR 2025 kepada Dialog, buka potensi hidrokarbon Sabah
PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan Israel ke atas Iran, yang disifatkan sebagai pelanggaran terang-terangan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Kementerian Luar berkata tindakan agresif tanpa provokasi itu telah meragut nyawa anggota tentera dan orang awam Iran serta menyebabkan kerosakan besar terhadap infrastruktur penting di beberapa kawasan di…
Continue reading Malaysia kecam serangan Israel ke atas Iran, gesa tindakan Majlis Keselamatan PBB
KUALA LUMPUR: Dua kadet Malaysia telah dipilih untuk menyertai akademi ketenteraan utama Amerika Syarikat (AS), mencerminkan hubungan kerjasama pertahanan dan keselamatan jangka panjang antara Malaysia dan AS. Mereka ialah Kadet Rakis Ruhaim Abdul Rahman, 22, yang akan menyertai Akademi Tentera Laut AS di Annapolis, Maryland, dan Kadet Luthfil Haikal Haswadi, 20, yang akan melanjutkan pengajian…
Continue reading Dua kadet Malaysia terpilih sertai akademi ketenteraan utama AS
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus mengambil tindakan tegas termasuk langkah perundangan terhadap mana-mana penyedia media sosial yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan. Menurut MCMC dalam kenyataan hari ini peringatan itu dikeluarkan susulan tahap pematuhan dalam kalangan penyedia platform masih berada pada tahap tidak memuaskan meskipun usaha berterusan telah dilakukan termasuk sesi…
Continue reading Tindakan tegas terhadap penyedia media sosial gagal patuhi peraturan – MCMC
BUKIT MERTAJAM: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis mengenai satu hantaran yang dikatakan bersifat tidak sopan, berunsur fitnah dan menjatuhkan reputasi seorang pemimpin PKR, oleh pengendali laman sosial Facebook. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Helmi Aris berkata pihaknya membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta…
Continue reading Laporan polis terhadap pengendali Facebook dikatakan fitnah pemimpin PKR: Polis buka kertas siasatan
PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berhubung aktiviti pengiklanan perkhidmatan membawa masuk dan keluar pendatang tanpa izin yang semakin berleluasa di pelbagai platform media sosial. Ketua Pengarahnya Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata tindakan itu bertujuan menyekat akaun media sosial yang dikenal pasti daripada…
Continue reading Maritim Malaysia lapor sindiket promosi perkhidmatan bawa pati kepada MCMC
SHAH ALAM: Aspek kecuaian merupakan antara elemen diambil kira dalam siasatan kes letupan melibatkan bahan kimia kalsium karbida di sebuah kedai buahan-buahan di Jalan Gudang Nenas, Klang dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan berbanding hanya membuka kertas siasatan inkuiri polis sebelum…
Continue reading Polis siasat elemen cuai kes letupan kedai buah-buahan di Klang
KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd memperkenalkan lima zon baharu perkhidmatan Rapid Kl On-Demand bermula Isnin ini, yang akan berfungsi sebagai sambungan kepada laluan Transit Aliran Massa (MRT) di laluan Kajang dan Putrajaya. Ketua Pegawai Operasi Kumpulan (Operasi) Prasarana Malaysia Berhad Amir Hamdan berkata inisiatif peluasan zon kali ini tertumpu kepada kawasan yang mempunyai jumlah…
Continue reading Rapid KL On-Demand tambah lima zon baharu di Kajang dan Putrajaya
KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mengulangi komitmennya terhadap peranan utama ASEAN dalam hal ehwal serantau dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama rapat dengan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 menjelang beberapa siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan ASEAN yang akan dianjurkan oleh negara ini hujung tahun ini. Duta Besar AS ke Malaysia Edgard D. Kagan berkata Washington kekal…
Continue reading Amerika Syarikat komited terus sokong ASEAN di bawah kepimpinan Malaysia – Duta AS
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau lokasi bangunan pentadbiran Sekolah Menengah (SM) Sains Alam Shah di Cheras yang musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa lepas. Anwar tiba kira-kira pukul 2.25 petang dan diberi taklimat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat berhubung laporan kejadian. Turut hadir isteri Perdana Menteri Datuk…
Continue reading Anwar tinjau SM Sains Alam Shah, lokasi kebakaran semalam
GOMBAK: Dua koperasi sekolah berjaya menjana perolehan melebihi RM2 juta, manakala 42 lagi merekodkan perolehan lebih RM1 juta untuk akaun 2024. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah berkata perolehan itu dicapai menerusi sektor peruncitan yang menjadi satu perniagaan berimpak tinggi dan mampu membawa keuntungan besar. “Pencapaian ini membuktikan…
Continue reading Dua koperasi sekolah jana perolehan lebih RM2 juta, 42 lagi lebih RM1 juta – ANGKASA
PUTRAJAYA: Seorang lelaki mualaf berusia 50 tahun gagal dalam rayuannya untuk mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menukar semula namanya dalam kad pengenalan kepada nama asal sebelum beliau memeluk agama Islam. Mahkamah Rayuan dalam keputusan sebulat suara panel tiga hakim iaitu Hakim Datuk Supang Lian, Datuk Collin Lawrence Sequerah dan Datuk Dr Alwi Abdul Wahab, mengekalkan…
Continue reading Mualaf gagal rayuan untuk kembali gunakan nama kelahiran dalam kad pengenalan
KUALA LUMPUR: Forum Media HAWANA 2025 yang dijadual berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) esok, bakal menawarkan pandangan bernilai daripada tokoh-tokoh penting industri mengenai perkembangan terkini dalam landskap media. Seiring dengan usaha Malaysia menubuhkan Majlis Media yang baharu dalam era kemajuan teknologi pesat, forum itu akan dimulakan dengan sesi perbincangan bertajuk “Majlis Media…
Continue reading Forum Media HAWANA 2025: Tokoh industri kupas cabaran dan masa depan industri
KUALA LUMPUR: Pembelaan Toh Puan Na’imah Abdul Khalid memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa keputusan mahkamah rendah menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang telah menafikan hak asasinya dan menyebabkan isu perundangan yang menjadi inti pati kes itu tidak terjawab. Pada 29 Feb tahun lepas, Na’imah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang…
Continue reading Isu perundangan dalam kes Na’imah tidak terjawab susulan keputusan Mahkamah Sesyen – Pembelaan
IPOH: Polis akan merakam keterangan seorang guru pada Isnin ini susulan dakwaan hantaran jelik di media sosial berhubung kemalangan maut membabitkan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Jun 9 lepas. Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata proses merakam percakapan guru lelaki yang bertugas di sebuah sekolah di negeri ini…
Continue reading Polis rakam keterangan guru didakwa hina mangsa nahas UPSI Isnin ini
SHAH ALAM: Polis berjaya menumpaskan sindiket jual cecair vape disyaki mengandungi dadah selepas menahan dua lelaki tempatan dan 10 warga asing dalam serbuan berasingan di sekitar Klang Utara dan Sungai Buloh pada 10 serta 11 Jun lepas. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 663 katrij cecair vape mengandungi dadah methamphetamine, 4,600 pod…
Continue reading Polis tumpas sindiket proses, jual cecair vape mengandungi dadah bernilai RM5.109 juta
SHAH ALAM: Kertas siasatan berhubung kes seorang pelakon dan penyanyi lelaki yang didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun baru-baru ini telah dihantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya kini menunggu maklum balas daripada pihak TPR sebelum tindakan perundangan selanjutnya diambil. “Kertas…
Continue reading Kertas siasatan kes pelakon terlibat amang seksual dihantar ke TPR
GERIK: Pemandu bas yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Isnin lepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Gerik di sini hari ini terhadap 15 pertuduhan memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian. Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengancam…
Continue reading Nahas Gerik: Pemandu bas mengaku tidak bersalah sebabkan kematian 15 penuntut UPSI
PUTRAJAYA: Platform media sosial Facebook dianggarkan menjana pendapatan melalui pengiklanan dalam talian antara USD15 bilion hingga USD20 bilion (USD1=RM4.25) di rantau ASEAN pada tahun lepas. Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata jumlah itu termasuk iklan yang dipercayai mengandungi elemen penipuan dan judi dalam talian. Beliau berkata pendapatan itu dijana daripada kira-kira 670 juta pengguna daripada…
Continue reading Facebook jana pendapatan iklan dalam talian hampir USD20b di rantau ASEAN – Fahmi
SINGAPURA: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain telah dikurniakan Darjah Utama Bakti Cemerlang oleh Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam dalam satu majlis di Istana pada Rabu. Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata darjah kebesaran itu, yang diperkenalkan pada 1968, dikurniakan kepada individu yang menunjukkan khidmat cemerlang di luar Singapura. “Di bawah…
Continue reading Ketua Polis Negara terima Darjah Utama Bakti Cemerlang Singapura
KUALA TERENGGANU: Simpati dengan nasib 15 keluarga pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan di Gerik, Perak pada Isnin lepas, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) tampil menyalurkan sumbangan kewangan kepada mereka. MRL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa setiap waris mangsa yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran…
Continue reading MRL salur sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa kemalangan di Gerik
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali lagi membuat sitaan barangan mewah berjumlah kira-kira RM16 juta berhubung kes penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang dipercayai milik seorang pemegang konsesi lebuh raya bergelar Tan Sri, semalam. SPRM dalam kenyataan hari ini berkata sitaan di kediaman individu berkenaan di Bandar Tasik Selatan,…
Continue reading Kes seleweng dana bina lebuh raya: SPRM sita barang mewah bernilai RM16 juta
BANGI: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) mencatatkan kejayaan yang membanggakan apabila jumlah pelajar tingkatan empat yang dikenal pasti berpotensi gagal Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Selangor menurun kepada hanya kira-kira 700 orang pada tahun ini. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata angka itu menunjukkan penurunan ketara berbanding 14,000 pelajar pada 2018 dan sekitar…
Continue reading PTRS berjaya kurangkan pelajar berisiko gagal SPM kepada 700 orang – Amirudin
KUALA LUMPUR: Sebanyak 300 unit dekoder MYTV percuma ditawarkan kepada pengunjung Karnival HAWANA 2025 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di ruang legar Sunway Putra Mall di sini. Pengunjung berpeluang memenangi dekoder itu dengan menyertai kuiz interaktif di reruai MYTV, dengan agihan 100 unit sehari sepanjang tempoh karnival bertujuan menarik minat orang ramai…
Continue reading Lebih 300 dekoder MYTV percuma, e-paper eksklusif ditawarkan di Karnival HAWANA 2025
MELAKA: Peruntukan tambahan RM10 juta bagi pembangunan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Melaka dilihat bakal membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada kerajaan negeri untuk memperkasakan bidang tersebut. Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata ia sekali gus menjadi platform terbaik kepada kerajaan negeri yang menyasarkan menjadikan…
Continue reading Peruntukan dana tambahan buka lebih ruang perkasakan bidang TVET
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memperkukuh amalan tatakelola baik di semua peringkat serta menanam nilai integriti dalam kalangan generasi muda sebagai pewaris kepimpinan negara. Anwar berkata perkara itu dibangkitkan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan hari ini, dengan beberapa perkara penting disentuh bagi memperjuangkan pembaharuan pentadbiran negara. “Penekanan…
Continue reading PM Anwar tekankan kepentingan pupuk nilai tatakelola sejak usia muda
KUALA LUMPUR: Pameran interaktif ‘Semak Fakta’ anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Karnival HAWANA 2025 bertujuan mendidik orang ramai tentang cara mengenal pasti serta mengesahkan maklumat meragukan, khususnya di platform media sosial. Ketua Meja MyCheck Malaysia (unit semakan fakta Bernama) Fatin Najmi Mohammad Shah berkata inisiatif itu bukan sahaja memperkenalkan peranan Bernama dalam menentusahkan…
Continue reading HAWANA 2025: Pameran ‘Semak Fakta’ didik masyarakat tangkis maklumat palsu
KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menjadi wadah memperkukuh peranan media sebagai pemacu literasi maklumat, sekali gus merapatkan hubungan dengan masyarakat melalui pelbagai aktiviti pendidikan, hiburan dan interaktif. Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi) Kementerian Komunikasi Mano Verabathran berkata HAWANA bukan sekadar platform untuk menghargai pengamal media…
Continue reading HAWANA 2025 perkukuh peranan media sebagai pemacu literasi maklumat
KUALA LUMPUR: Kisah perjuangan srikandi agung Kesultanan Melayu Melaka Tun Fatimah, diangkat ke pentas teater menerusi pementasan Tun Fatimah: Srikandi Empayar Melaka yang berlangsung selama tiga hari bermula malam ini di Panggung Bangsawan Melaka. Pementasan yang dijadualkan hingga 15 Jun itu membawakan kisah epik wanita Melayu yang berdepan tragedi, pengkhianatan dan dilema antara cinta serta…
Continue reading Teater Tun Fatimah bangkitkan semangat Srikandi Melayu
KUALA LUMPUR: Malaysia akan menghantar wakil bagi menghadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York minggu depan, yang bertujuan membincangkan penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia menyokong usaha Perancis dan Arab Saudi yang mengambi inisiatif untuk mengadakan persidangan berkenaan. “Mana-mana negara berhak hadir untuk kemukakan…
Continue reading Malaysia akan hantar wakil ke persidangan PBB bincang isu Palestin – PM Anwar
KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia hari ini menafikan terdapat sebarang sekatan terhadap seorang individu yang mendakwa dihalang meninggalkan negara pada 6 Jun lepas, seperti yang tular di media sosial dan dilaporkan beberapa portal berita. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban berkata individu berkenaan tidak disekat untuk membuat perjalanan ke luar negara, namun sekatan masuk ke…
Continue reading Imigresen nafi sekat individu ke luar negara, sekatan hanya di Sabah
BANGKOK: Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan dari pulau peranginan Phuket, Thailand ke Delhi terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Jumaat susulan ancaman bom, menurut pihak berkuasa Lapangan Terbang Phuket, lapor Xinhua. Media tempatan melaporkan bahawa Penerbangan AI 379 telah selamat mendarat dan pihak lapangan terbang segera mengaktifkan pelan tindak balas kecemasan berkaitan insiden berkenaan.
TEMERLOH: Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa yang terlibat dalam bencana ribut di sini pada 9 Jun lepas. Sumbangan turut disampaikan Tengku Panglima Raja Brig Jen Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah. Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa…
Continue reading Sultan Pahang kurnia sumbangan kepada mangsa ribut di Temerloh
SHAH ALAM: Penggunaan peranti had laju (SLD) ke atas kenderaan perdagangan termasuk bas ekspres dan persiaran dikuatkuasakan secara berperingkat bermula 1 Okt ini. Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan menerusi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu sebagai usaha mengurangkan risiko kemalangan maut melibatkan kenderaan berat dan meningkatkan keselamatan jalan raya. Beliau berkata buat permulaan…
Continue reading Bas, kenderaan berat wajib guna SLD bermula 1 Okt – Loke
KUCHING: Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kerajaan Sarawak berjaya mengintegrasikan platform berkaitan bantuan kebajikan mereka menerusi sistem eBantuanJKM. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata usaha itu bertujuan menghapuskan penyelewengan dan meningkatkan kecekapan penyampaian bantuan kebajikan. “Sistem itu telah wujud sejak 15 tahun lepas, namun hanya mula dilaksanakan…
Continue reading Intergrasi sistem Ebantuanjkm tingkat kecekapan bantuan sosial – Nancy Shukri
KUALA LUMPUR: Malaysia menggesa rakan-rakan Israel, khususnya negara yang mempunyai pengaruh serta keupayaan diplomatik, agar menggunakan segala bentuk tekanan bagi menghentikan sebarang tindakan pencerobohan susulan serangan ketenteraan rejim itu terhadap Iran. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam hantaran Facebook beliau hari ini, mengecam sekeras-kerasnya serangan berkenaan, termasuk serangan yang disasarkan dan telah mengorbankan pemimpin…
Continue reading Malaysia kecam serangan Israel terhadap Iran, gesa tekanan global hentikan pencerobohan
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini menggesa orang awam agar tidak membuat penyataan bersifat spekulatif atau berbaur fitnah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan bekas pembantu penyelidik kepada seorang ahli politik Muhammed Yusoff Rawther daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis dan memiliki dua pucuk pistol tiruan. AGC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya…
Continue reading Kes Yusoff Rawther: AGC gesa orang awam tidak buat penyataan bersifat spekulatif
GEORGE TOWN: Pusat Arkeologi Guar Kepah di Kepala Batas dekat sini akan dibuka sepenuhnya kepada orang ramai sebelum hujung tahun ini, dengan mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata projek tapak arkeologi Guar Kepah seluas 0.97 hektar itu telah siap sepenuhnya, tetapi…
Continue reading Pusat arkeologi Guar Kepah dijangka dibuka tahun ini